SKUAD SUKARELAWAN REMAJA

Skuad Sukarelawan Remaja ialah orang awam yang mendaftar menjadi ahli Briged Bakti di pejabat Briged Bakti yang sedia ada dan telah :-

· menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil

· diberi nombor ahli/nombor keanggotaan Briged Bakti

· mempelajari ilmu Briged Bakti

OBJEKTIF

Objektif Skuad Sukarelawan Remaja pada dasarnya ialah :-

· Melahirkan sukarelawan profesional dalam semua aspek

· Melahirkan seorang insan yang menjadi jati diri kental dan disiplin yang mantap.

· Mencetuskan inovasi dan komitmen baru sebagai lanjutan perjuangan melahirkan remaja Islam yang mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi.

KEANGGOTAAN

Syarat-syarat menjadi ahli Skuad Sukarelawan Remaja

i. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

ii. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.

iii. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SPM/SPMV.

iv. Tidak menyertai badan beruniform yang lain.

v. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

FAEDAH MENYERTAI ANGGOTA SUKARELAWAN

· Belajar bagaimana cara menyelamat Bencana (MKN 20)

· Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri

· Dapat belajar menjadi pemudah cara (fasilitator) yang baik(MODAL INSAN)

· Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan jenazah

· Belajar bagaimana cara pengendalian program

· Belajar tatacara berpakaian seragam

· Dapat belajar seni mempertahankan diri

· Dapat belajar membaca peta dan kompas

· Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas

· Dapat belajar bagaimana hendak melakukan simpulan & ikatan

· Belajar bagaimana hendak menguruskan orang sakit di rumah (POSDIR)

· Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup

· Dapat belajar asas kemahiran Insaniah

· Dapat belajar asas menyelamat

· Dapat ilmu pengetahuan harian seperti Khidmat Masyarakat (KHIDMAS)

0 Responses so far.