LATAR BELAKANG BBM

Nama Rasmi : BRIGED BAKTI MALAYSIA

Singkatan : BBM

Tarikh Penubuhan Rasmi : 8 APRIL 2009

No. Rujukan : ROS: PPP/KEL0010/97(28) / PPM/KEL.0596/97

Perhubungan Sekretariat : 2864-A Wisma Al-Hikmah

Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa

15400 Kota Bharu, Kelantan

Tel.: 09 - 771 4375; Fax 09 - 771 4377

Rangkaian : 10 Cawangan Peringkat Negeri

Status Pertubuhan : Pertubuhan Sosial dan Rekreasi (NGO)

Asal Usul BBM

PERTUBUHAN BRIGED BAKTI NEGERI KELANTAN (BBNK)

Nama Rasmi : PERTUBUHAN BRIGED BAKTI NEGERI KELANTAN

Singkatan : BBNK

No. Pendaftaran : ROS: 148 PPP/KEL.10/97/ PPM/KEL.596/97

Tarikh Pendaftaran : 30 JULAI 1997

Status Pertubuhan : Pertubuhan Sosial dan Rekreasi (NGO)

Pengasas BBNK : 1) En. Hj. Abdul Rahman bin Abu Bakar

2) YM. Tuan Kamaruddin bin Tuan Muhammad

Rangkaian : Bergerak aktif di sekolah-sekolah menengah negeri Kelantan semenjak tahun 1991

- sehingga 2010 BBMCK mempunyai 65 cawangan di sekolah-sekolah menengah JPN Kelantan dan YIK

Latar Penubuhan :

1988

- KBSM dilaksanakan di sekolah menengah seluruh negara - Falsafah Pendidikan Negara / Kebangsaan menjadi tunggak utama

1989

- Idea / gagasan awal penubuhan BBNK : Islamic Outreach ABIM Kelantan

1991

- Direalisasikan secara rasmi dan bergerak sebagai salah satu program kemasyarakatan

- Direstui Jabatan Pendidikan Kelantan untuk menjadi salah satu unit beruniform di sekolah menengah di Kelantan.

Majlis Pelancaran Rasmi Pasukan Briged Bakti Remaja

(Bahagian Sekolah)

Sempena Program PERHIMPUNAN PERDANA 1 BBNK


Dirasmikan oleh

: Tan Sri Dato’ Muhyiddin b. Mohd. Yassin

Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Tarikh
:9 Ogos 1996

Tempat : Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan



Matlamat / Objektif

  1. Melahirkan generasi patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
  2. Menyedia peluang kepada remaja dan belia untuk mendapat dan meningkatkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan ketrampilan mengurus dan memimpin diri, masyarakat dan organisasi.
  3. Menjadi satu alternatif kepada golongan remaja dan belia yang berminat kepada kerja-kerja kesukarelaan dan sosial yang bermanfaat.
  4. Melatih dan menggembleng tenaga ahli untuk bersama-sama memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat.
  5. Melatih ahli dalam kemahiran memberi bantuan kecemasan,menyelamat dan kemahiran elektif
  6. Memberi bimbingan kepada ahli untuk mengetahui, memahami, mengamal dan menghayati amalan mulia serta nilai murni secara bersepadu dan komprehensif.

Falsafah

· “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain”

Moto

· “Sedia Berbakti”

Moto Tambahan

· “ Iltizam Kami : Untuk Melahirkan Sukarelawan Profesional ”

· “ Berbakti Seusia Muda, Bermanfaat Sepanjang Hayat ”

Prinsip Gerak Kerja

· Kesukarelaan

· Pengorbanan

· Kebajikan

· Keikhlasan

Ikrar BBM

Bahawa dengan sesungguhnya kami ahli Briged Bakti berikrar dan berjanji setia bahawa kami akan;

· Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara.

· Sentiasa mencurah khidmat bakti dengan jujur dan ikhlas tanpa mengira bangsa, keturunan, pangkat serta agama.

· Sentiasa mematuhi serta menghayati prinsip-prinsip dan kod Etika Briged Bakti.

Kod Etika BBM

1. Perpaduan

Bertanggungjawab memelihara keharmonian dan kemurnian organisasi.

2. Beradab

Memelihara adab-adab dan batasan pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Sentiasa beradab sesama insan dan beradab dengan alam iaitu flora dan fauna.

3. Mencapai Matlamat

Memastikan setiap program yang dijalankan itu mencapai matlamat Briged Bakti.

4. Mematuhi

Memastikan ahli-ahli Briged Bakti mematuhi dan setia kepada kepimpinan dan organisasi.

5. Mencapai Kesejahteraan

Akan berusaha bersungguh-sungguh mencapai kesejahteraan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.

6. Menghayati Nilai-Nilai

Sentiasa menghayati nilai-nilai Islam/murni sepanjang masa.

7. Rukun Negara

Mematuhi dan mengenal Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

8. Menyeru Kebaikan

9. Mencegah Kemungkaran

10. Ihsan dan sederhana

11. Bermunafaat

Prinsip-Prinsip BBM


1. Keilmuan

2. Kesejahteraan

3. Kepengorbanan

4. Kesukarelalaan

5. Kebajikan

6. Keikhlasan

7. Kepatuhan

8. Kesetiaan

9. Persaudaraan Dan Perpaduan

10. Kebaktian

11. Kerjasama

12. Pengorbanan

13. Kemanfaatan

14. Ketrampilan

15. Keprihatian

16. Kesejagatan

17. Kesabaran Dan Ketenangan

18. Kasih Sayang

19. Hormat

20. Kebajikan

21. Bersemangat

22. Kewibawaan

23. Profesional

24. Berwawasan

Visi

” Menjadi Salah Satu Alternatif Kepada Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Yang Berkesan Dan Berwibawa ; Sebagai Pelengkap Dan Sinergi Kepada Proses Pelaksanaan Kurikulum Di Bilik Darjah ; Dan Menjayakan Proses Menjana Insan Bersepadu , Berketerampilan Dan Berwawasan ”

Misi

* Berusaha Untuk Meletakkan Kepentingan Majoriti Ahli Dalam Penglibatan Mereka Di Sekolah Untuk Menjayakan Program Dan Aktiviti Yang Dirancang Dan Dilaksanakan;

* Menyediakan Ruang Dan Alternatif Yang Seluas-Luasnya Kepada Semua Ahli Untuk Mengembangkan Bakat Dan Potensi Mereka Melalui Kegiatan PBBm Sekolah;

* Berusaha Untuk Meningkatkan Prestasi Dan Keberkesanan Penglibatan Ahli Dalam PBBm Sekolah

* Berusaha Ke Arah Pembangunan PBBm Dan Pelaksanaan Programnya Di Peringkat Sekolah Selari Dengan Kecemerlangan Akademik Dan Keunggulan Sahsiah Ahli Ke Tahap Tertinggi Dan Bitara

* Menjana Dan Menyuburkan Kesedaran Ke Arah Semangat Kesukarelaan Dan Kesukarelawanan Di Kalangan Ahli PBBm Supaya Dapat Menyumbang Khidmat Bakti Kepada Masyarakat Dan Negara


Lagu Majlis Rasmi BBM

1. Negaraku

2. Asma ul Husna

3. Remaja Briged

4. Lagu Sampingan

- Hidup Biar Berjasa

Lirik Lagu “Remaja Briged”


Marilah wahai remaja

Mari sumbangkan tenaga

Briged bakti tetap bersedia

Membimbing, membantu serta

mengorbankan masa

Demi meningkatkan potensi yang ada

Warga muda berdisiplin bersemangat

Briged bakti sedia berkhidmat

Generasi berwawasan

Tinggal segala khayalan

Ayuh bangun langkah ke hadapan

Briged Bakti bersedia

Berganding bahu bersama

Putra Puteri bersemangat waja

Terus berbakti tanpa jemu dan lesu

Briged Bakti terus maju

Iman yang teguh berserah pada Tuhan

Akhlak yang murni jadi hiasan diri

Sabar dan tekun dalam perjuangan

Kuat beriltizam berkeyakinan

Briged Bakti meneruskan

Perjuangan berwawasan

Agar masyarakat mendapat bimbingan

Remaja warisan ummah

Jalinkan ukhuwah

Kasih sayang keluarga

Hubungan yang mesra

Hidup aman lagi sejahtera

Berbakti untuk Negara 2X

(Lirik dan Lagu Oleh: Sdri. Nur Iman bt.Zakaria

SMKA.Naim Lil Banat,Kota Bharu – 1995 )

Muzik oleh: Encik Khairi b.Karbak- PSPN-Kelantan


Lirik Lagu “Hidup Biar Berjasa”


Barisan pelajar Islam

Berjuang untuk keadilan

Berbakti pada agama

Membela maruah bangsa

Perkukuh semangat juang

Mengangkat martabat ummah

Perkaya ilmu di dada

Bekalan hidup di dunia

HIDUP BIAR BERJASA

Motto perjuang kita

Akhlak harus dijaga

Ukhuwah terpelihara

Kami pelajar Islam

Menyahut seruan jihad

Berjuang penuh semangat

Demi Islam tercinta

Pemimpin berjiwa gagah

Teras kekuatan kita

Bergerak ke satu arah

Membina khayra ummah

Hidup Biar Berjasa..


KEAHLIAN BBM

Jenis Keahlian

1. Ahli Biasa

- individu berumur 18 tahun hingga 63 tahun

2. Ahli Remaja

- remaja lelaki dan perempuan yang berusia 10 tahun ke atas dan di bawah 18 tahun.

* Terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama

Kategori dalam Unit Beruniform (UB) BBNK

1. Briged Bakti Muda

- Pelajar sekolah rendah berumur 10 – 12 tahun.

2. Briged Bakti Remaja

- Pelajar sekolah menengah berumur 13 – 17 tahun.

3. Briged Bakti Dewasa

- Individu berumur 18 ke atas.

Yuran

Ahli Remaja

Pendaftaran : RM 2.00

Yuran Tahunan : RM 2.00

Pendaftaran Pasukan Remaja : RM 20.00

Ahli Dewasa

Pendaftaran : RM 5.00

Tahunan : RM 5.00

Pendaftaran Pasukan Dewasa : RM 30.00

*Pembaharuan Yuran Tahunan dibuat pada setiap awal tahun.

Ahli Seumur Hidup

Pendaftaran dan Seumur Hidup : RM 100.00

0 Responses so far.