Briged Bakti Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke- 2 pada 22 mei 2010 bertempat di Kolej Dar Al Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Dif-dif jemputan iaitu Presiden WADAH, Dato' Dr. Siddiq Fadzil dan Presiden ABIM, Saudara Razak Bin Idris. Mesyuarat bermula pada jam 10 pagi dengan bacaan Al-Fatihah oleh pengurusi majlis iaitu saudara Muhammad Farhan Roslee. Sebelum mesyuarat diteruskan, para perwakilan dan pemerhati ditayangkan persembahan multimedia "Pengenalan Briged Bakti Malaysia". Mesyuarat diteruskan lagi dengan deklamasi sajak bertajuk "Briged Bakti Dipersada Negara" oleh saudara Hakim Zaki.

Seterusnya mesyuarat menjemput Pengurusi Briged Bakti Malaysia, Dato' Dr. Razak Kechik untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Mesyuarat seterusnya menjemput saudara Razak Idris, Presiden ABIM untuk menyampaikan ucapan. Agenda seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH. Perasmian Mesyuarat Agung diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Dif-dif jemputan. Perasmian Berakhir pada jam 12 tengahari.

Mesyuarat Agung BBM disambung kembali pada jam 12.30 tengahari dan dipengerusikan oleh Dato' Dr. Razak Kechik selaku Pengerusi Briged Bakti Malaysia. Mesyuarat berakhir pada jam 2.30 petang.


Read more >>