Image2 Image2
  ADMIN BLOG : FARHAN


KRONOLOGI PENUBUHAN BRIGED BAKTI MALAYSIA

  1. Tahun 1988 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diperkenalkan dalam Sistem Pendidikan Negara yang baharu melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula di laksanakan sepenuhnya di semua sekolah menengah di Malaysia.

  1. Melalui FPK dan KBSM pembangunan diri insan yang menjadi fokus utama, digarap dengan kesepaduan 3 dimensi utama insan iaitu Rohani, Aqli dan Jasmani. Ruang dakwah dalam pendidikan lebih terbuka melalui pelaksanaan kurikulum dan kegiatan Ko- Kurikulum di sekolah.

  1. Tahun 1989/1990 : Cetusan idea timbul melalui usrah Islamic Out-reach Abim Kelantan untuk merangka dan melaksanakan satu program kokurikulum di sekolah dalam bentuk pasukan unit beruniform yang boleh menjana dan menjayakan aspirasi FPK maka lahirlah ”Pasukan Briged Bakti ” sebagai media dakwah kepada non muslim dan ’muslim hanyut’ yang memulakan program dan aktivitinya di sekolah menengah mulai tahun 1991. Briged Bakti bergerak di sekolah-sekolah atas dasar sebahagian daripada program Abim Kelantan. Diterima secara baik oleh pihak Jabatan Pendidikan Kelantan tanpa banyak masalah. Dua individu penyumbang idea dan gagasanke arah penubuhan BB ialah Tuan Hj. Tuan Kamaruddin b. Tuan Muhammad (Pengerusi IOA-Kelantan- mantan YDP Pertama/Pengasas Abim Kelantan, 1972) dan Allahyarham Tuan Hj. Abdul Rahman b. Bakar (Exco Abim Kelantan).Untuk tujuan penubuhan dan pergerakan di peringkat JPNK, kumpulan nama berikut didaftarkan sebagai kumpulan pengasas:

  1. Perkataan atau akronim ‘BAKTI’ bermaksud ’ Briged Kecemasan Belia Islam ’ . Antara bidang kemahiran dan latihan yang diberikan kepada ahlinya ialah kawat kaki, pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan jenazah, kebombaan, bina insan, khidmat masyarakat (KHIDMAS) dan lain-lain.

  1. Tahun 1991: 4 buah sekolah menengah telah menjadi sekolah perintis / pelopor kepada program Briged Bakti yang dikenali pada masa itu sebagai Pasukan Briged Bakti Remaja Negeri Kelantan ( PBBRNK )

( Rujukan: PPKN.KK.5058 / 179 / ( 2 ) bertarikh: 1 Disember 1990 )

  1. Sekolah-sekolah perintis / pelopor tersebut ialah:

- Sek. Men. Keb. (A) Naim Lil Banat - Kota Bharu

- Sek. Men. Keb. Zainab 1 - Kota Bharu

- Sek. Men. Keb. Pintu Geng - Kota Bharu

- Sek. Men. Keb. (A) Falahiah - Tumpat

  1. Tahun 1994 : Briged Bakti Negeri Kelantan dijemput oleh KPM/SBP untuk satu kursus khas di Kem Belia Waja, Port Dickson, Negeri Sembilan (Pada 7 hingga 11 Jun 1994) sebagai satu usaha menubuhkan Kadet Remaja Islam Malaysia (KRIM) yang kemudiannya ditukar nama kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) – yang akhirnya menjadi unit beruniform rasmi di bawah naungan KPM. Gabungan kurikulum Kadet Putera Islam Malaysia Wilayah Persekutuan dan Briged Bakti Remaja Kelantan maka lahirlah kurikulum KRS yang diguna pakai sekarang. Seramai 40 orang ahli (L) BBR Kelantan yang mewakili 6 buah sekolah menengah telah hadir.

( Rujuk: KPPM ( U.K ) 1 . 03. 3 ( 12 ) bertarikh: 19 April 1994 )

8. Tahun 1996 : Majlis pelancaran rasmi pasukan dan program Briged Bakti Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YB. Tan Sri Dato Sri Haji Muhyidin bin Mohd Yassin, iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada masa itu; bersempena dengan program PERHIMPUNAN PERDANA 1 Pasukan Briged Bakti Remaja Negeri Kelantan bertempat di Kem Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu pada 9 Ogos 1996.

10. Tahun 1997 : Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK) didaftarkan sebagai sebuah Pertubuhan atau Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) kategori sosial dan rekreasi di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 30 Julai 1997 dengan nombor pendaftaran: 148 dan bergerak sebagai entiti sendiri.

(Rujukan: PPM 596 / 97 (5) : PPP / KEL. 10 / 97)

  1. Tahun 1997: Mulai tahun tersebut Briged Bakti Remaja telah dikenali sebagai Pasukan Kadet Briged Bakti Negeri Kelantan – PKBBNK (dicadangkan oleh Penyelia Unit Kokurikulum JPNK untuk penyesuaian dengan unit – unit beruniform lain di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan).

  1. Tahun 2003: Sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan mula menubuhkan PKBBRNK yang dipelopori oleh Maahad Muhamadi (L) Kota Bharu dan Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan, Tumpat.

13. Tahun 2004 : Isu status BBR mula menjadi ’gosip’ di KPM - dibincangkan di peringkat KPM.....tiada susulan rasmi yang dibuat oleh BBNK pada masa itu. (Rujukan: KU Kokurikulum JPNK) – Antara isu-isu yang menjadi bahan ’cetusan’ boleh dilihat kandungan siri memorandum BBNK kepada KPM.

14. Tahun 2004 : Pasukan Kadet BBR SMKA Naim Lil Banat (P) mewakili PSS NGO(SM) Kelantan ke Pertandingan Kawat Kaki Kebangsaan, KPM di Shah Alam.

15. Tahun 2005 : Pasukan Kadet BBR SMKA. Naim Lil Banat dan SMKA Tok Bachok, Tangok (L) mewakili Kelantan dalam Pertandingan Kawat Kaki Kebangsaan di Kuala Kangsar. Selepas itu isu status BBR mula dibincangkan secara agak rasmi di KPM serta ada ura-ura untuk mengeluarkan BBR daripada senarai unit beruniform di sekolah-sekolah . Namun BBRNK masih dibenarkan beroperasi seperti biasa hanya di Kelantan. Selepas meletus isu itu secara lebih terbuka, masih tiada usaha atau tindakan yang berkesan diambil.

16. Tahun 2006 : Perjumpaan pertama antara wakil BBNK dengan wakil KPM tentang pendaftaran BBR sebagai unit beruniform yang berdaftar dengan KPM. Penyerahan awal beberapa dokumen penting BBR telah dibuat.

17. Tahun 2007 : Perjumpaan secara secara tidak rasmi dengan Ketua Unit Kokurikulum KPM – Tuan Hj. Anuar b. Abdul Hamid di Hotel Perdana, Kota Bharu sebagai susulan lanjut dan atas cadangan KU Unit Kokurikulum. Kepentingan penubuhan BB di peringkat kebangsaan semakin kuat dirasai demi kesinambungan dan masa depan operasi BBNK dalam konteks melaksanakan strategi misi dakwah modal insan remaja yang menyeluruh dan berterusan.

18. Tahun 2008 : Satu Mesyuarat Agung Khas telah dipanggil pada 25 Disember 2008 untuk pindaan perlembagaan BBNK menjadi BBM. Seramai 7 wakil negeri telah hadir dan draf pindaan telah diterima sebulat suara. Proses pendaftaran BBM dimulai dengan JK.Penajanya diketuai oleh Ybhg. Dato’ Dr. Abdul Razak b. Hj. Kechik selaku Pengerusi Kebangsaan yang pertama.

19. Tahun 2009 : Satu rombongan rasmi BBM telah diatur dengan wakil KPM iaitu dengan Bahagian Seni, Sukan dan Unit Beruniform KPM di KPM pada 30 Mac, 2009 diketuai sendiri oleh Pengerusi Kebangsaan BBM dengan 8 orang ahli. Tiada perkembangan yang positif tentang status BBR namun BBR dibenarkan bergerak di Kelantan dan rayuan boleh dibuat kepada Menteri Pelajaran.

20. Tahun 2009 : BBM telah diluluskan pendaftaran oleh PPP Negeri Kelantan pada 8 April. 2009.

21. Tahun 2010 : 10 buah BBM Cawangan Negeri telah diluluskan pendaftarannya oleh PPPM-Putrajaya pada 22 Januari 2010. BBMCN yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, WP, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

22. Alhamdulillah, isu pendaftaran BBM sebagai induk kebangsaan bagi BBR telah berjaya dicapai untuk memenuhi salah satu syarat rundingan BBM dengan KPM berkenaan isu pendaftaran BBR dengan KPM itu yang perlu diperjuangkan demi memenuhi misi utama BBM ’untuk melahirkan modal insan dakwah yang berwibawa pada masa hadapan’ sehingga berjaya.

23. Bahagian Unit Beruniform merupakan komponen teras dalam BBM manakala Bahagian Masyarakat BBM akan menjadi wadah pelanjut bagi BBR dengan segala potensinya dalam pelbagai dimensi dakwah dan tarbiah dan penyedia ruang dan peluang menyumbang bakti kepada masyarakat dan ummah seluruhnya sama ada sebagai sukarelawan profesional atau penggerak masyarakat yang berkesan. Lihat rajah aliran BBR – Masyarakat. Oleh itu, soal status dan masa depan BBR sebagai unit beruniform-ngo dalam KPM amat penting.

24. Sehubungan itu, beberapa perkembangan tindakan berikut telah dilakukan sebagai usaha ke arah mencapai hasrat murni di atas. Isu ini perlu diberikan perhatian utama dan pelan tindakan yang lebih berkesan lagi perlu difikirkan dan disegerakan tindak-ikutnya selepas ini oleh BBM, insyaAllah.

25. Tahun 2007 – 2010 : Sebanyak 3 Memorandum khas telah dibuat kepada KPM tentang isu status BBR dengan KPM. Sila rujuk lampiran.

26. Tahun 2009 : Satu surat janji temu dengan pihak Menteri Pelajaran pada 23 Jun 2009 telah dihantar tetapi tiada respon.

27. Tahun 2009 : Surat permohonan rasmi untuk pendaftaran BBR dengan KPM setelah BBM diluluskan pendaftarannya telah dihantar bersama satu lagi memorandum pada Mei 2009 . Pada 25 Februari 2009, perbincangan secara tidak rasmi dengan KPKPM telah berlaku dengan Pengerusi Kebangsaan BBM .

28. Tahun 2010 : BBM telah menerima surat jawapan rasmi daripada KPM tentang rayuan pendaftaran BBR dengan KPM pada Januari 2010 - (KP(BSSK-KUKO) 305/1/Jld.2 (15 bertarikh: 12 Januari 2010) telah diterima. Kandungan surat sila rujuk lampiran. Pada 19 Mac 2010 satu surat rayuan bersama satu memorandum lagi telah dihantar dengan tangan kepada KP KPM oleh Pengerusi Kebangsaan BBM sendiri sebagai respon segera kepada surat jawapan penolakan rayuan BBM oleh pihak KPM .

  1. ALAMAT PERHUBUNGAN BBMCK (TERKINI)

Sekretariat,

Briged Bakti Malaysia,

d /a Lot. 2864-A, Bangunan Wisma Al Hikmah,

Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa,

15400 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon : 09 – 7714 375 909 Fax: 09 – 7714 377

0 Responses so far.