[Baca Selanjutnya]
Tumpat-Seramai 955 ahli Pasukan Briged Bakti dari 38 sekolah menengah seluruh Kelantan,Termasuk sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan(YIK) menyertai Perkhemahan Perdana di Kem Kok Keli. Perkhemahan ini dapat membentuk nilai-nilai positif dalam diri setiap remaja seperti sikap membantu,berdisiplin,bina insan dan ketahanan fizikal.
Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kelantan, Siti Fatimah Mukhtar yang memperolehi 18 A dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan semalam.Kejayaan Siti Fatimah yang turut dikongsi bersama oleh kedua ibubapanya yang sentiasa memberi dorongan semangat ,disiplin , kasih sayang serta penekanan tarbiyah supaya anak mereka bukan sahaja cemerlang dari segi akademik bahkan cemerlang dari segi sahsiah serta mematuhi segala amalan yang dituntut oleh Islam.